Friday, December 3, 2010

BUKAN AKU.......

Bukan aku yang mendustakan-Mu YA ALLAH. Takkan sekali aku letakkan dunia ini lebih dari-Mu. Aku sedar aku hamba-Mu YA ALLAH…

Bukan aku yang alpa tuk berselawat ke atas kekasih-Mu YA ALLAH. Bibirku tak pernah lekang dari berselawat kepadanya. Muhammad SAW juga pacarku YA ALLAH…..

Bukan aku yang lalai melaksanakan perintah-Mu YA ALLAH. Syahadah, puasa, solat, zakat, haji semua kukerjakan. Sesungguhnya aku abid-Mu yang taat YA ALLAH….

Bukan aku yang melanggar larangan-Mu YA ALLAH. Tidak sekali-kali aku biarkan nafsuku meliar dengan dugaan dunia ini. Aku tahu batasku YA ALLAH……

Bukan aku yang cintakan dunia ini lebih dari akhirat-Mu YA ALLAH. Aku sedar dunia ini tidak lebih dari satu noktah. Aku dambakan akhirat-Mu bak garisan yang tiada penghujungnya YA ALLAH….

Pada hari, (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.

surah An Nur 24: 24

Pada hari ini, Kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.

Surah Yasin 36: 65

Ya, itulah aku……

2 comments:

  1. jiwa itu terhakis dengan perlahan.selalunya dan sentiasanya manusia tidak sedar jiwanya terhakis.contohnya, saya hampir tidak sedar yang diri saya hampir-hampir menerima fahaman dan budaya yang tidak selari dengan Islam kerana saya melihat ia satu kelaziman~

    p/s: lama bebeno x update ;p

    ReplyDelete