Monday, December 27, 2010

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh....

Dear the one and only Ahmad Faidhi@’abang’ i have.........


Aku bersyukur kehadrat-Mu YA ALLAH kerana mempermudahkan urusan 'abang'ku ini di dunia. Moga dipanjangkan ke akhirat insyaAllah.

Aku bersyukur kepada-Mu YA RAHMAN kerana memberikanku seorang 'abang' yang terbaik. Tiada galang gantinya.Tiada yang kedua.

Aku bersyukur pada-Mu YA RAHIM kerana dengan kasih-Mu aku mendapat role-model terbaik. Di saat aku benar-benar memerlukannya.


Rasanya....


Rasanya seperti baru KELMARIN kita dilanggar di simpang Kedai Gi, sama-sama terpelanting, sama-sama menahan kesakitan, tapi sayangnya ‘abang’ kat ma, takut bimbang, sama-sama kita senyapkan...

Rasanya seperti baru SEMALAM aku mengejar bayang-bayangmu, pencapaian ‘abang’ dalam UPSR,PMR,SPM, kujadikan impianku, dengan izin Allah menjadi pencapaianku jua....

Rasanya seperti SEKARANG ini ‘abang’ berada bersamaku, teguranmu, nasihatmu, budi pekertimu, sikapmu, adalah teman setia menjadi panduan hidupku........

ESOK akan membuka lebaran baru untuk ‘abang’ dan zaujahmu....Langkahmu seakan terlalu laju buatku, seakan sukar untukku jejaki, seakan sukar untukku ikuti, namun akan ku cuba akhirnya.... :)

Buat the one and only 'akak ipar' i have......


Maafkanku....


Maafkanku kerna tidak berada bersama dikesempatan ini. InsyaAllah, dengan izinnya nanti akan kita ditemukan. Di tangan-Nya sahaja letaknya jodoh pertemuan.

Maafkanku kerna yang ku tahu hanya FARIN MASRA namamu. Sesungguhnya banyak yang tidak kuketahui mengenaimu. InsyaAllah, jika berkesempatan ingin ku tahu lebih dari itu.Di tangan-Nya sahaja letaknya ajal mautku.


Doaku......


Doaku agar cinta dan kasih antara kalian terus mekar pada sebuah rumah tangga yang dibina atas rasa kehambaan. Hamba yang sering memikirkan tugasanya di dunia ini. Sebagai abid. Sebagai pemimpin kepada yang lainnya.

Doaku semoga Allah terus mengurniakan kepada kalian kesejahteraan dan kebahagiaan hidup, dengan siraman barakah dari Allah, Tuhan yang kerana-Nya, kalian dipertemukan.

Doaku moga kalian menikmati cinta yang suci dalam sebuah pernikahan. Selamat bercinta hingga ke syurga! Ameen.....

Sincerely,

AHMAD FAKHRI MOHD. ZAINI :)

25/12/2010

Friday, December 3, 2010

Serangga…..Oh…..Serangga…..

Rama-rama….. Oh….. Rama-rama…..

Ada apa denganmu Rama-rama?

Dari ulat asalmu. Bermegah dengan kepakmu yang cantik, menjadi gilaan para pengumpul.

Hanya setakat itu? Apa fungsi kewujudanmu hai si rama-rama?

Rama-rama….. Oh….. Rama-rama…

Lebah….. Oh….. Lebah…..

Tanggal 23 Mac 1988.

Tak akan kulupakan tarikh keramat. Seteru antara kau, aku, Lim, Param dan rombongan meminang Cik Kiah.

Apakah tiada kerja lain engkau sengat sana, sengat sini? Apa fungsimu?

Lebah….. Oh….. Lebah…..

Nyamuk..... Oh..... Nyamuk…..

Kau sungguh durjana.

Kehadiranmu menyakitkan hati. Bermacam penyakit kau punya angkara. Sungguh! Memang kau benar-benar durjana.

Apakah tiada tempat lain untuk kau berada? Kau weng sana, kau weng sini. Aaaarrrrrggggghhhhhhh.

Nyamuk..... Oh..... Nyamuk…..

Semut..... Oh..... Semut.....

Kau benar-benar hebat.

Berkali ganda berat tetap kau angkat. Teratur bak askar. Rajin bak semut. Bukti tiada yang serajinmu.

Aku menyanjungimu, tapi mengapa mesti kau bertamu di halaman rumahku?

Semut..... Oh..... Semut.....

Hikayat :

Pada suatu hari Nabi Daud as duduk di tempat peribadatannya. Tiba-tiba dia melihat ulat merah. Maka dalam hati dia berkata : “Apa kiranya kehendak Allah pada ulat ini?” Maka dengan izin Allah ulat itu berbicara seraya berkata, “ Wahai Nabi Allah! Di siang hari Tuhanku mengilhamkan agar aku membaca ‘Subhanallah Wal Hamdulillah Wala-Ilaha Illa Allah’ seribu kali. Sedangkan di malam hari Tuhan mangilhamkan agar membaca ‘ Allahumma Solli ala Muhammadini Nabiyyil Ummiyyi Wa’ala alihi Wasohbihi Wa sallam’ seribu kali. Lalu apakah yang engkau baca hingga aku ingin mengambil faedah daripadamu?” Maka Nabi Daud as amat menyesal menghina pada ulat itu. Dia merasa takut kepada Allah, lalu dia bertaubat dan bertawakkal kepada-Nya

Petikan teks dari PENENANG JIWA, Imam Al-Ghazali

Terjemahan kitab MUKASHAFAH AL QULUB oleh Muhammad Qadirun Nur

Apa perananmu?

BUKAN AKU.......

Bukan aku yang mendustakan-Mu YA ALLAH. Takkan sekali aku letakkan dunia ini lebih dari-Mu. Aku sedar aku hamba-Mu YA ALLAH…

Bukan aku yang alpa tuk berselawat ke atas kekasih-Mu YA ALLAH. Bibirku tak pernah lekang dari berselawat kepadanya. Muhammad SAW juga pacarku YA ALLAH…..

Bukan aku yang lalai melaksanakan perintah-Mu YA ALLAH. Syahadah, puasa, solat, zakat, haji semua kukerjakan. Sesungguhnya aku abid-Mu yang taat YA ALLAH….

Bukan aku yang melanggar larangan-Mu YA ALLAH. Tidak sekali-kali aku biarkan nafsuku meliar dengan dugaan dunia ini. Aku tahu batasku YA ALLAH……

Bukan aku yang cintakan dunia ini lebih dari akhirat-Mu YA ALLAH. Aku sedar dunia ini tidak lebih dari satu noktah. Aku dambakan akhirat-Mu bak garisan yang tiada penghujungnya YA ALLAH….

Pada hari, (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.

surah An Nur 24: 24

Pada hari ini, Kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.

Surah Yasin 36: 65

Ya, itulah aku……