Saturday, November 7, 2009

Orang kate...
mimpi 2 bleh jd ptunjuk...
so tbe2 trpk bout....
my dream... crite psl buble....
lame duk pk... trigt satu hadis....

Dari Tsauban beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Hampir saja bangsa-bangsa mengepung kamu, seperti kelompok orang lapar siap melahap makanan". Berkata seorang sahabat, "Apakah karena jumlah kami sedikit pada waktu itu?" Rasul SAW. menjawab, "Jumlah kamu pada saat itu ramai, tetapi kualiti kamu seperti buih ditengah lautan. Allah mencabut rasa takut dari musuh terhadap kamu, dan memasukkan kedalam hati kamu penyakit wahn". Berkata seorang sahabat, "Wahai Rasulullah SAW., apa itu wahn?" Rasul SAW berkata, "Cinta dunia dan takut mati." [H.R. Ahmad dan Abu Daud].

so trpk...
mybe... 2 la yg nk dsmpykn oleh my other mind....
mybe skrg kte (i'm included) mmg da buih2 2.....
hope i'll be a better man.... :)

btw... tjumpe cite best tim blogsurfing... :)

Kisah seorang perempuan tua yang tinggal seorang diri ketika hujan lebat. Hujan tidak berhenti dan air mula semakin naik ke dalam rumah. Semakin lama semakin tinggi banjir itu sehingga beliau terpaksa naik ke atas meja.

Apabila skuad penyelamat tiba, dan mahu membawanya ke dalam bot beliau menolaknya. beliau berkata, pergilah, Tuhan akan menolong aku. Beliau pun terus berdoa.

Apabila air naik lagi, beliau terpaksa naik ke loteng. Skuad penyelamat pun tiba lagi untuk membawanya pergi. Beliau menolak dan berkata, pergilah, Tuhan akan menolong aku. Wanita itu terus berdoa dengan lebih kuat lagi.

Apabila air nak lagi, beliau naik ke atas atap. Pasukan penyelamat pun tiba lagi buat kali ketiga. Beliau dengan sikap degilnya berkata, pergilah. Tuhan pasti menyelamatkan aku.

Akhirnya wanita tua itu mati tenggelam.

Apabila dia menemui Tuhannya, Tuhan bertanya kepadanya, kenapa engkau membiarkan dirimu tenggelam?

Wanita itu menjawab, Aku menunggu pertolongan dari Mu Tuhan yang tidak kunjung sampai.

Tuhan menjawab, Bukankah aku telah membantumu dengan menghantar pasukan penyelamat ke rumah mu? Bukan sekali tetapi 3 kali!

(p.s. Cerita ini perlu dianggap sebagai sekadar cerita sahaja)

jazakallah..... :)

3 comments:

  1. salam bro..

    muslim y tiada kualiti.
    setiap satunya ibarat angka 0..
    banyak tp nilainya tetap 0 jika ditambah.

    nway, bachok tengah banjir skrang..
    terburuk sejak 50 tahun.
    x tau camne condition kg pak badol.
    sama2 doa~

    ReplyDelete
  2. hahaha
    lame x blogg...
    blaja medic sbuk sgt...
    exam byk2...
    arap2 ad tim bley suke2.. hehe

    ReplyDelete